Monday, May 23, 2011

KISAH KITA

aku mula kenal fizi sejak aku form 4 .
masa form 4 dulu , kita xrapat sebab aku bnyk main .
bila da masuk form 5 aku baru rasa nk serious dgn fizi .
tapi maybe masa tu fizi rasa aku da telambat .
fizi kecewakan aku , nasib kimi ada .
maybe masa hujung taun tu aku bagi lebih tmpuan pada kimi .
sebabnya , kimi lebih faham aku n kimi bg feedback yg baik .
bila masuk ja matrix , aku jmpa lagi fizi ngan kimi .
tapi kali ni , fizi yg bnyk bahagiakan aku .
kimi ? dia tetap mcm dulu .
xpenah kecewakan aku .
tapi , aku rasa jiwa aku lebih sesuai ngan fizi .
sepanjang kt matrik , fizi xpenah kecewakan aku .
aku xsangka bila dah masuk alam u aku boleh setia dgn fizi .
sejak masuk u , aku da tak behubung ngan kimi .
tapi , fizi dah berubah .
aku tak pasti , sama ada aku atau fizi yg berubah .
tapi , fizi dah xbg aku kebahagiaan mcm dulu .
sebab fizi , aku selalu menangis dan rasa rendah diri .
tapi jauh dlm hati aku , aku tetap setia ngan fizi .
aku xpenah fikir pasal yg lain .
maybe dulu aku abaikan fizi .
sebab aku busy dgn aktiviti u .
satu sem fizi bwat aku merana .
sem ni , aku dah berubah .
aku mula rapatkan diri dgn fizi .
aku bwat apa saja .
asalkan , hubungan aku ngan fizi pulih .
aku harap sem 2 ni dpt baiki hubungan aku ngan fizi .
sebab , aku tepaksa bwat keputusan ni ,
andai kata fizi kecewakan aku lagi ,
patahkan hati aku lagi ,
aku dah tak tahan lagi .
aku tepaksa beralih arah .
aku tepaksa tggalkan fizi .
walaupun aku befikiran mcm ni ,
dm hati aku tetap ingatkan fizi .

Ya Allah ,
kau panjangkan jodoh aku ngn fizi ,
jgn kau pisahkan kami ,
kau berikanlah kami kesudahan yg baik .
aku janji , sekiranya aku diberi peluang kedua ,
aku xkan sia siakan fizi lagi .
Amiin .

5 comments: